Penyelidikan di Malaysia Transit_Zuhrah_2012

Ketua Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Dr Baharrudin Zainal menyatakan bahawa fenomena unik itu membolehkan orang ramai melihat planet Zuhrah pada saiz yang sama dengan bumi pada jarak kedudukan 42 juta kilometer (km) dari bumi. Planet Zuhrah juga dikenali sebagai planet Venus atau Kejora. Para pencerap di Pantai Timur Semenanjung Malaysia lebih berpeluang melihat fenomena ini. Orang awam di Kuala Terengganu boleh menyaksikan fenomena itu mulai jam 8.30 pagi hingga 12.45 tengah hari pada 6 Jun 2012, di tempat letak kereta Lapang Sasar Memanah, UnisZA Kampus Gong Badak.[2]


Yang Dipertua Persatuan Falak Syari Malaysia Syed Kamarulzaman Syed Kabeer menyatakan bahawa sentuhan pertama apabila planet Zuhrah menyentuh cakera matahari berlaku pada pukul 6.10 pagi, sentuhan kedua pada pukul 6.27 pagi apabila Zuhrah masuk sepenuhnya ke dalam cakera matahari, sentuhan ketiga pada pukul 12.31 tengah hari apabila planet itu mencecah pinggir cakera matahari sebelum keluar dan sentuhan ke empat pada pukul 12.49 tengah hari apabila Zuhrah meninggal sepenuhnya cakera matahari. [3]

Kita dapat melihat planet zuhrah dalam keadaan ‘bulatan hitam kecil’ sedang melintas di permukaan matahari. . Ia kelihatan begitu kerdilnya bumi yang kita huni’ dari kedudukan 42 juta km.